Profile Syarikat

Klik di atas untuk dapatkan Rancangan Perniagaan

Fizul AquaTech Enterprise (FaTE) ditubuhkan pada April 2009, bertempat di Felda Tementi, Bera Pahang Darul Makmur. Aktiviti utama syarikat ini adalah penghasilan keli organik & sebagai pusat pembenihan keli. Pada masa ini, syarikat lebih tertumpu kepada penghasilan keli hidup untuk dijual secara borong. Penghasilan keli hidup dijangka sebanyak 5 tan sebulan dimana keli-keli ini adalah 100% organik yang hanya diberi makan palet sebagai sumber makanan utama.
Syarikat memulakan perniagaan dengan 10 buah kolam utama dengan anggaran benih keli sebanyak 50 ribu ekor. Modal permulaan sebanyak RM40 ribu telah digunakan bagi kerja-kerja pemasangan pagar, meratakan tanah & infrastruktur asas penternakan. Modal tambahan akan disuntik bagi pembinaan kolam penetasan benih ikan, kolam induk & tangki simpanan air. Operasi syarikat bermula jam 8 pg- 11 mlm, 7 hari seminggu.
Syarikat juga dalam proses mendapatkan sijil HALAL Jakim bagi memenuhi syarat sebagai pembekal & pengeluaran produk halal berasaskan ikan keli. Pengeluaran produk akan di jalankan setelah syarikat mencapai pengeluaran keli hidup sebanyak 10 tan/bulan. Pusat R & D juga akan dibina bagi tujuan kajian potensi produk-produk baru pada masa akan datang.
KELI’s Features
